Archive | June, 2010

Baby girl kepunyaan artis Yatt

12 Jun

Salam…:)

Comel tak? Comel lahai! Baby ni anak artis Yatt yang comel jugak tu. Dahlah comel..putih gebu pulak tu. Kalaulah budak kecik ni boleh share rahsia kecantikan dia..hihi..tettt!

Budak comel ni nama dia unik tau…Suci Hanania Malika :) . Dalam pic ni masa umur dia 3 bulan kot. She was born on February lepas.

Fotogenikkan? Oh dah tentulah. Kata anak artis..hehe..I dapat pics ni semua dari Forum Cari. Ehh..korang kenal tak artis Yatt ni yang mana satu? Haa meh tengok pic hot-momma ni pulak…

Taraaa! Dah ingatkan? I suka tengok lakonan dia. Gosip pun tak banyak..tapi lately macam dah tak berapa nampaklah dia berlakon. Nak beri tumpuan untuk family kot.

Apepun tahniah dah dapat baby. Semoga kekal bahagia yer…

So nak tengok baby artis mana pulak lagi. Haa..nanti I tunjuk baby dynas pulak..kalau ada jumpalah..hehe..dia dah habis pantang. Maybe akan expose baby dia dalam masa terdekat ke.

Till then…daa :)



semangatlah sangat…

11 Jun

Salam…:)

Tup tap tup tap..kejap jer dah nak seminggu school holiday. I’m sure ramai yang ambil leave panjang minggu ni for vacation (jeles2!)

Diorang ni kalau tak diam seminit memang tak sah. Kalau pergi kedai makan.. kecoh! Ada jer idea nak kenakan each other. Tengok budak belakang tu..usha jer..macam nak join the korum jer..hiks

Ngeee! Notty2 ayam pun mama tatap sayang!

Ohh tadi tu story kat kedai makan. Ni story pasal pergi The Mines haritu. Baba nak gi cari software apa ntah. Kan kedai pirate melambak kat atas tu.. huhhuhu! Bilang saja software apa yang mau dicari..tapi jangan yang old version sangat pulak.

Yang pic I dok terpacak macam nyanyi lagu kebangsaan tu..I dok usha pet shop kat LG Floor tu. Kalau gi sini mesti I singgah kedai ni. Geram u tengok hamster2 yang kiut miut tu. Tapi I takleh bela lah..tak sampai 3 jam kompem menemui ajal dikerjakan my heroes :D

Dan yang sebenarnya pakcik ni fenin. Ada tugasan yang perlu disettlekan berkaitan technical things yang I tak dapek nak nolong..hehe..nak tau apa??

Haa ni ada 3 laptop. Kesemuanya perlu diperbaiki untuk diserahkan kepada tuan tanah kedaung memasing keesokan harinya. Tu nampak ada 2 cpu bawah meja tu..pun menunggu giliran jugak. Hahadoiii..tak tolong kang kesian pulak kekawan..takpelah u..I tolong temankan sambil nyanyi2 lagu black metal kat telinga u..hahahaa..siapa lagi nak bagi semangat kat laki kalau bukan bini sendiri.

Enjoy ur weekend..!



10 amalan terbalik…

10 Jun

Salam…:)

Harini I nak share sikit artikel pasal 10 amalan terbalik atau bertentangan dengan apa yang dituntut oleh Islam. Kita muhasabah diri pulak yer…mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Contohnya :

Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah dimana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil.

Amalan bersalam dikenduri kahwin. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah.

Amalan pakaian ke masjid. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju.

Amalan makan dijamuan keraian. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

Amalan solat sunat. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

Amalan perbelanjaan berbuka puasa. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun.

Amalam kenduri naik haji. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri  pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri.

Amalam mendidik anak. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM200.00 tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan  pun menggeletar tangan.

Amalan asyik bekerja. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi  peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid.

Amalan penampilan isteri. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain.


Haa termangu jugak sekejap bila baca semua amalan terbalik yang selalu berlaku dalam masyarakat kita sekarang. Apepun semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua :)



Nak bercuti sekolah jugak…

8 Jun

Salam…:)

Sekarang ni budak2 tengah cuti sekolah. Tapi mak budak sorang ni pulak lebih2 feeling..hihi..I nak belek telek balik old pics masa cuti sekolah dulu.

Yang paling bestlah konon masa ni..hiks..cuti sekolah masa standard berapa ekk..3 ke 4 ke 5..entah. Celebrate my birthday kat KFC Brickfields. Bunga sekuntum tu saja tepek penyeri gambar :P

Kekawan lama kat dalam pic ni semua dah dapat trace kat FB. Nantilah I letak kat FB and tag u all. Haha..comel2 cute semuanya!

Mari bercuti diatas kapal layar. Jangan gelak ok. I pun taktau idea siapa suruh gi tayang bear comot tu sebelum naik kapal..haha..yang penting I memang suka pink dari kecik.

Pastu mandi laut memang wajiblah

Cuti sekolah juga mengeratkan hubungan antara adik beradik :D

Atau naik sampan kecil keliling pulau. Wahh..bestnya cuti sekolah dulu. Hiks..cute plak shirah buat aksi manja dengan bear kecik tu.

Last sekali I nak tunjuk pic raya..haha..takde kaitan langsung dengan cuti sekolah. Ehh..nanti nak flashback gambar kecik2 masa raya pulaklah. Bestnya puasa nak dekat…tetiba :D



my baby you… :D

7 Jun

Salam…:)

Happy school holiday untuk mereka2 yang berkenaan. Abang macam biasalah..subuh2 adam dah bangun..tu ok lagi..lepas dah jemaah..dia leh buat muka tercengang. Mama tak iron uniform abang..huaaa! Huhh..dah agak dah..so I tampal surat cuti kat dahi dia..hihi..terus dia senyum n tidur. Good boy.

Harini rasa nak telek belek pics my kids masa babylah. Malam tadi mimpi macam jaga baby..tu nak recall balik..rupa diorang atau baby lain. Who knows ada rezeki ke :D

Kat atas tu pic abang masa bulan puasa tahun lepas. Tetiap malam bila baba nak gi terawih dia pun pakai songkok. Tapi bukan ikut pun..baba balik baru dia tanggalkan. Hiks..tahun ni dah boleh follow kot..insyaAllah

Ni masa abang 5 bulan kot. Semua baby pandai buat muka tercengang n melopong ekk. Terpinga2 gitu..bikin orang geram!

Pastu siap boleh feeling memikir masa depan


Part jerit2 ni takyah ajarlah. Memang bakat semulajadi :D

Ok turn hero kecik pulak. Eh lupa..pasal rupa abang masa baby tadi tu tak samalah macam baby dalam mimpi I tu. Jom belek hero kecik masa baby pulak.

Budak kecik ni pantang dapat pegang benda. Semua dia ngap!

Just like his brother. Suka merenung masa depan :D

Budak domok. Tapi sekarang dah susut..dah makin lasakkan. Makin besar makin domok takut gak obesiti pulakkan. Hehe..apepun rupa hero kecik masa baby pun tak sama dengan baby dalam my mimpi.

Maybe I pergi visit kekawan yang baru deliver kot dalam mimpi tu.

Apepun I’m happy with my 2 heroes pengarang jantung hatiku ini. Cuti sekolah ni 2 minggu berturut kena balik kampung baba. His brother is getting married. Minggu ni sebelah perempuan..kat Ipoh..eh nak singgah sekolah teknik yang dah sepuluh tahun ku tinggalkan..tapi ingat ke lagi jalan..hihihi.. takpe pakcik GPS ada.

U guys ke mana..Gold Coast? Jepun? Tour Europe?..or pergi Afrika tengok world cup? Hiks..yang penting take care!



tidur biar kena tempat

4 Jun

Salam…:)

Bestnya dah nak weekend. Tapi mengapalah Agong’s birthday jatuh esok? Hehe..kalau tak, dapat long weekend berturut.

I nak qada’ tidur jer weekend ni..haha..takyah kemana..dengan the heroes I suh bantai tidur jugak. Tapi nak qada’ punya pasal jangan sampai tidur kat memana sesuka suki hati pulak..hohoho..meh sini I nak tunjuk contoh :D

Tidur kat lobby. Siap berselimut lagi haa…

Tidur kat longgokan luggage. Jangan sampai termiss ur flight!

Tidur kat masjid. Eh..baik punya posing budak ni. Jangan terlepas angin sudah..hehe..tapikan baik dia tertidur camni dari dok melalak lalok mengganggu jemaah lain.

Tidur kat buaian di bawah lori. Cari nahas betul..haha..tapi ok jugak kalau lori tu jalan sesenang jer dapat natural swing. Takyah suruh orang hayunkan.

Tidur kat atas timbunan kotak dalam kilang. Jangan termasuk sekali dalam kontena nak gi shipping sudah.

Tidur dalam kelas. Yang ni semua orang pun pernah..tipu ahh siapa tak pernah..cikgu pun kekadang tertidur u!

Tidur kat tangga. Alahai siannya..kompem nak naik bilik tidur kat atas tapi tak dan..baru satu anak tangga dah tewas. Babab kat bam2 tu sedap gak tu..haha.. macam2!

Last but not least, tidurlah ditempat yang sepatutnya..bersama orang yang sepatutnya..ehh..hahaha..happy weekend!

**pics from email


Page 4 of 512345