Archive | June, 2010

shh..shhh..pergi balik kampung…

18 Jun

Salam…:)

Cak! Memang menguji kesabaran betul budak 2 orang ni. Kot tertariklah lapik meja tu tak ke haru berterbangan isi perut meja tu…

Taktaulah nak cakap lasaknya diorang ni tahap camne. Ada yang nak diet secara drastik? Can borrow my kids for 3 days pun jadilah..hahhaa!

Actually ni pic lama masa we all pergi kenduri kat Dewan Risda..dah pernah keluar pun kat blog few months ago. Saja nak mengimbau gelagat mereka :)

Dan lagi..harini I cuti..wink2 ;) …semalam lepas balik kerja I dah shoot terus balik kg. baba. This weekend kenduri sebelah family baba pulak.

So, disaat dan ketika entry ini publish..I’m sure the kids tengah bergomol dengan nyamuk kat ladang kelapa sawit or menunggang kambing sambil baling2 bola..hihi..and I? Eh kata menantu hantu..hahhaa..takkan nak berkepit dengan laki dalam bilik. Dah tentulah tengah urut kaki mak mertua yang keletihan ke sana sini..wahhh!

Enjoy ur weekend guys…

Sandinglah di ballroom kalau tak tahan panas…

17 Jun

Salam…:)

Auwww! Panas terik da’ boom masa nak sanding ni. Tapi masa diri sendiri sanding suatu masa dahulu tak sempat nak feeling terik mentari. Degupan jantungku membuatkan hormon2 dalam badan jadi chaos! So, semua sense hilang deria rasanya..hahaa..tu yang kat title kalau tak tahan panas pergilah bersanding ditempat yang selambak air-cond

Kepak kepakk kepung pungg!

Control dik control. Bagus..tapi pernah tak tengok pengantin dok bersembang gelak2 sakan kat atas pelamin? Adoi..hilang keayuan dan kemachoan memasing..setakat saling memandang pastu tersimpul2 senyum malu tu takpelah u..lagi terserlah keayuanmu..hikss

Cak! Maintain cik kak..walauponnn kat dalam tu menitik2 peluh macam hujan

Cik abang pengapit ni kipas diri sendirikah? Hahaa..itu adalah biasakan.. takpe2 pengantin tu bukan tengah stabil pun sense kepanasan ke kesejukan ke :P

Ana dan ain. Adik kembar baba..lamaaa lagi mak mertuaku nak terima menantu lepas adik baba yang baru kahwin ni.

Me, mak mertua, nenek mertua…

Posing jangan tak posing. Cepat sikit..kitorang nak balik..hahaa

Rombongan kitorang semua dah balik. Tinggal we all 4 beranak jer. Kisahnya pengantin lelaki ni haa naik kenderaan kitorang, dari hari nikah sampai hari sanding..tapi takdelah buh riben segala..haha..so segala barang luar dalam dia kat we all. Kenalah tunggu sampai dia selesai baru dia ambil barang and baru kitorang boleh balik..huhuu

Akhirnyaaa..nahh baru terasa panas agaknya..hihii..dah2 gi amik barang.. kitorang ada banyakkk tempat lain nak pergi. Dah lama tak jejak kaki kat Ipoh ni kan..so haruslah melawat sekolah teknik yang lama sudah kutinggalkan..sob sobb..tetiba :D

Thank you for your concern baba ke atas excitement yang melanda mama ..ehh baba pun excited terlebih jugak..rindu kat kem askar melayu diraja dia tu..sampai 3-4 kali u-turn nak snap pic asyik terlepas..haha! Yang benarnya both ada pengalaman manis kat bandar Ipoh ni..sudahnya abang n hero kecik yang fenin…ke hulu hilir mengalahkan mat despatch..kehkehkehh



Bukan 1 bukan 2 tapi 3 beb aku terima nikahnya!

16 Jun

Salam…:)

Dup dap dup dap mamat ni masa tunggu tok kadi. Gua dah nak nikah beb.. katanya :D

Cik Puan Lily melangkah masuk masjid..haha..anak2 haku mana weihh? Alaa.. feeling anak dara kejap bolehkan

Pot pet pot pet..pastu kejap2 tersedar ehh dalam masjid nak gosip2 plak!

Kejap2 jer pun I dapat pok pek dengan makcik2 baba. Pastu sambil2 tu kena monitor 2 budak ni. Takde maknanya nak bertafakur dalam masjid tu.

Ku sangka adik baba sorang jer nak nikah. Rupanya ada geng..ku sangka 1 tapi 2..dan sangkaan meleset lagi sebab…

Rupanyaaa 3 pengantin sekali nak dinikahkan!

Senang sekali harung ekk. Penuh jadinya masjid dengan rombongan 3 keluarga pengantin masuk mengadap :D

Yang pengantin pertama dah lepas dengan sekali lafaz. Then turn farid pulak..adik baba..pun lepas sekali lafaz jer. Sekali brother yang no. 3 tu…5 kali lafaz beb baru lepas..huhu..sampai kena minum air u nak bagi tenang.

Bukan apa dia asyik tersasul tang mas kahwin rm101. Kejap2 kang dia sebut satu ratus ribu..pastu kang dia sebut satu ratus ratus..pastu lagi dia sebut seratus satu satu..hihi..sian gemuruh gamaknya. Tapi bila dah sah lepas kali kelima tu..satu masjid jerit ahhhh selamat!

Alhamdulillah..dah selamat :)

Mak mertuaku yang tersenyum terima menantu baru :) ..ehh menantu lama jangan dilupakan yer mak..hihi!

Tapi memanglah..tiap kali tengok orang nikah..dengan I sekali dok gabra..tah hape2. Nak gi belek album nikah japlah..boleh feeling malam pertama balik.. hahaa..tettttttt!



Pick…situ sana sini

15 Jun

Salam…:)

Ni ada a few selected pics yang I picked randomly masa gi kenduri last weekend haritu. Tak cukup 10 jari nak susun cantik2 ikut aturan lagi semua pics yang ada..hihi..nanti2 mood rajin mai bolehlah naaa!

Akad nikah my BIL…and inilah pengantin perempuannya..cik puan nana a.k.a my biras..welcome to family mertuaku dear :)

Dihari persandinganku..eh persandingan mereka daa :P

Congrates to farid and nana! Nanti akak sumbat lagi pic kat entry lain ekk…

Vrooomm! Shoot to kuala kangsar from ipoh. Attend kenduri adik hawa my bff..

Dah nama pun sampai kenduri at 5pm..mana nak ada pengantin..hihi..they went for outdoor photoshoot. So digantilah dengan pengantin purba..haha :P . Ohh cepat upload pic yer cik puan hawa..I nak mencilok!

Agak penat tapi enjoy the moment…yang penting dapat keluar sementara dari KL…hiks…tapi bila balik KL berlumba kak nam-kak nam jerawat naik kat muka…sighhh! Nampak gaya kena kuarantin muka untuk sementara :D

Good day!



capek dong…

14 Jun

Salam…:)

Good day dearies! How’s your weekend? I…nun pergi Perak..attend kenduri kendara yang wajib dihadiri.

Sabtu yang panas terik..ke Ipoh..akad nikah my BIL


Ahad yang super duper keterikan panasnya..hiks..attending kenduri BIL sebelah perempuan di Ipoh..dan kenduri adik to my bff hawa at kuala kangsar. More pics dilain hari :D

Sampai KL at 3am tadi. Baba sempat lagi melayan world cup. I tumpang layan sampai halfway pastu pengsan. Tapi berbaloi2 lah mr. husbandku layan.. germany bagi 4 telur kat australia..hiks.

End up both of us ambil halfday..lepas lunch tadi baru masuk ofis..and now my mind still hang. Dari tadi start tak loading2 operating systemku. Hahuhahiii!


laluan gondola yang menyeramkan…wuu wuu!

13 Jun

Salam…:)

Siapa tak pernah naik gondola? Hehe..mesti ramai dah pernah naikkan. So adakah anda rasa cool..gayat..atau taubat taknak naik lagi..ekekeke! Meh I nak tunjuk antara gondola yang paling menyeramkan didunia..kira kalau jatuh (ya Allah selisih…) memang kebabommm.

China’s Tianmen Chan / Heaven’s gate mountain

Masada cableway in Masada, Israel

Haifa’s Stella Maris Cable

The Mont Blanc Massif of the French Alps

Hong Kong Skyrai cable car ride

Ya Allah! Kalau gini pemandangan dari dalam gondola..see thru punya lantai.. sesak nafas weiii..hihi..ada berani? I tabik springlah! Rasanya silap2 haribulan mahu basah lantai cermin tu..pastu bau hancing..haha..ada yang terkucil beb.. ohh nehi!!



Page 3 of 512345