mari jadi kampung boy

21 Jun

Salam…:)

Pic before start the role sebagai menantu yang menjaga duit kaut-mengaut dihari persandingan BIL


Selamat memulakan minggu baru :)…selamat bersekolah juga yer anak2 murid semua. Malam tadi around 10pm I sampai rumah from kg. baba. Budget tentu jem yang terhangat kat lebuhraya..tapi macam ok jerlah pulak cepat jer sampai..hehe..ke sebab I terliuk lentok masa dalam kereta..ehh!

Anyway syukur kenduri semua dah selamat. Dalam family mertua..I jadi kaklong..walauponnn ada 2 adik ipar dan 2 biras yang lebih berumur. Huhu.. masa memula dulu kekok jugaklah diorang panggil kak lily gitukan. Tapi sebab abanglong mereka adalah suamiku..hahhaa..so jadilah kaklong muda untuk mereka.

Inilah kerja my heroes sepanjang hari kat kg. Memang saja bagi lepas masuk kebun sawit..main disekitar parit..tapi still ada orang dewasa yang mengawasi gerak geri diorang.

Baba nak diorang bergelumang just like him masa kecik2 dulu.. takdelah kang asal kena gigit nyamuk dah jerit2 nak balik KL. Tak pun terpijak lopak ke tanah merah ke geli geleman macam jakun. And abang totally lupa about his computer game ke pspot ke game boboy nintendok ke..yang pasti memang mandi peluh habis.

Sambil tu tolong atok kopek kelapa. Atokkan bz masa hari kenduri..hihi..tapi yang kelakarnya tempat longgokan kelapa ni kat tepi semak..tinggi jugaklah semak tu. Bila berbunyi jer macam ada benda berjalan dalam semak tu semua lari lintang pukang..including me! Lasak2 pun..sifat pentakut tu tatap ada!

Ehh..back to the kenduri. Macam biasalah esok lusa tulat ke I update yer. Have a pleasant Monday 🙂



21 Responses to “mari jadi kampung boy”

  1. kniedaz June 21, 2010 at 1:53 pm #

    Seronoknya diorang kan? Samalah ngan Danish & Danial..bila balik kampung jakun sket..sebab mama dia bagi dia men kat luar umah haha

    • rillys June 21, 2010 at 2:21 pm #

      tapi mesti diorang happy sakankan!

  2. Aleeya June 21, 2010 at 2:47 pm #

    part kopekk kelapa tu besttttttttt, dulu kecik2 salu tengok abah kopek kelapa kat kg opah hehehe skrg takde lagi dah pokok kepala tu, usahkan pokok..kg tu pun dah ilang..huhuuu

    • rillys June 21, 2010 at 3:01 pm #

      erk..mana menghilang kg. tu..hehe..macam misteri jer bunyinya

  3. Dee June 21, 2010 at 3:04 pm #

    kalo dee jd lily pun dee lari..hahaha..manalah tau kot2 cik snake yg lalu tu..

    • rillys June 21, 2010 at 4:45 pm #

      itulah yang paling dikhuatiri 😀

  4. ain June 21, 2010 at 4:20 pm #

    sama la ngan danish….

    happy sangat2 kalau boleh balik rumah atuk dia….

    main sampai tak henggat dunia….

    kalau duk ngan mama, berkurung ajer ler….

    • rillys June 21, 2010 at 4:45 pm #

      terpaksalah kan ala2 berkurung kalau kat bandar. sangat bahaya nak bagi diorang bebas sebebas bebasnya…

  5. rasp June 21, 2010 at 4:59 pm #

    hahahahaha i dok terbayangkan uols berlari-larian tu 😀
    tapi kalo i pun rasanya buka langkah sejuta aaaa..

    • rillys June 22, 2010 at 11:23 am #

      mahunya tak. hehe..kekadang angin yg kuat jer pun..tu sebab lalang2 tu bergoyang tak ingat

  6. Rozey June 22, 2010 at 10:10 am #

    Lily : kt ne kampung ur in law ????

    mmg best klu blk kpg…..

    • rillys June 22, 2010 at 11:22 am #

      kat area tanjung sari..and u katne?

  7. ayu the sun June 22, 2010 at 10:27 am #

    hahaha… sama la dengan ayu.. kalau pegi mana2 tak payah tunggu semak.. ada bunyi pelik je mula la menyirap..
    huuhhu

    • rillys June 22, 2010 at 11:21 am #

      hehe..kalau kat kg. memang segalanya unexpected

  8. zukhiri June 22, 2010 at 2:59 pm #

    kg laki ko kt belah mane…kg aku kt sg besar,kota setia….

    • rillys June 22, 2010 at 3:47 pm #

      kg. laki aku kat teluk intan..ooo sg. besar mmg aku lalu tiap kali balik kg.

  9. zukhiri June 22, 2010 at 4:33 pm #

    bkn sg besar selangor la….sg besar kota setia…ooo laki ko kt tanjung sari….aku kt atas lg…kt sawah padi tu yg nk ke lumut tu…dkt simpang sg ranggam….

    • rillys June 22, 2010 at 4:40 pm #

      ohh! sorry2..tau kat situ..senanglah aku nak gi kenduri kawen kau..haha

  10. zukhiri June 22, 2010 at 4:43 pm #

    hahahaha…jemputla datang….xsilap kt tanjung sari tu kg bdk kelas aku namenye Abdullah Ali @ Ali cuak…ko kenal?

    • rillys June 22, 2010 at 5:17 pm #

      bila kendurinya..hehe..husband aku bukan exactly kat tg. sari tu..dia kat kg. ladang baru..sebelum tg. sari..tapi dekat2 lah tu..ntah dia kenal kot..maybe junior dia ke..husband aku umur 34 tahun daa

  11. zukhiri June 22, 2010 at 5:19 pm #

    huhuhu…ok2…

Leave a Reply