Sandinglah di ballroom kalau tak tahan panas…

17 Jun

Salam…:)

Auwww! Panas terik da’ boom masa nak sanding ni. Tapi masa diri sendiri sanding suatu masa dahulu tak sempat nak feeling terik mentari. Degupan jantungku membuatkan hormon2 dalam badan jadi chaos! So, semua sense hilang deria rasanya..hahaa..tu yang kat title kalau tak tahan panas pergilah bersanding ditempat yang selambak air-cond

Kepak kepakk kepung pungg!

Control dik control. Bagus..tapi pernah tak tengok pengantin dok bersembang gelak2 sakan kat atas pelamin? Adoi..hilang keayuan dan kemachoan memasing..setakat saling memandang pastu tersimpul2 senyum malu tu takpelah u..lagi terserlah keayuanmu..hikss

Cak! Maintain cik kak..walauponnn kat dalam tu menitik2 peluh macam hujan

Cik abang pengapit ni kipas diri sendirikah? Hahaa..itu adalah biasakan.. takpe2 pengantin tu bukan tengah stabil pun sense kepanasan ke kesejukan ke 😛

Ana dan ain. Adik kembar baba..lamaaa lagi mak mertuaku nak terima menantu lepas adik baba yang baru kahwin ni.

Me, mak mertua, nenek mertua…

Posing jangan tak posing. Cepat sikit..kitorang nak balik..hahaa

Rombongan kitorang semua dah balik. Tinggal we all 4 beranak jer. Kisahnya pengantin lelaki ni haa naik kenderaan kitorang, dari hari nikah sampai hari sanding..tapi takdelah buh riben segala..haha..so segala barang luar dalam dia kat we all. Kenalah tunggu sampai dia selesai baru dia ambil barang and baru kitorang boleh balik..huhuu

Akhirnyaaa..nahh baru terasa panas agaknya..hihii..dah2 gi amik barang.. kitorang ada banyakkk tempat lain nak pergi. Dah lama tak jejak kaki kat Ipoh ni kan..so haruslah melawat sekolah teknik yang lama sudah kutinggalkan..sob sobb..tetiba 😀

Thank you for your concern baba ke atas excitement yang melanda mama ..ehh baba pun excited terlebih jugak..rindu kat kem askar melayu diraja dia tu..sampai 3-4 kali u-turn nak snap pic asyik terlepas..haha! Yang benarnya both ada pengalaman manis kat bandar Ipoh ni..sudahnya abang n hero kecik yang fenin…ke hulu hilir mengalahkan mat despatch..kehkehkehh



6 Responses to “Sandinglah di ballroom kalau tak tahan panas…”

  1. Dee June 17, 2010 at 2:31 pm #

    alahai..x manisnya pengantin sembang sakan kt atas pelamin..arwah mak selalu pesan..macamana rapat pun kita ngan tunang..bila sanding..tolong behave..jgn gatal nk sembang2..nti org kata..ha..tu dh selalu kuar lah tu..xde segan2 dh..sbb tu leh sembang sakan atas pelamin..malu beb..

    • rillys June 17, 2010 at 3:27 pm #

      hihi..make sense jugak tu. tapi kalau dah terbiasa tu tak perasan yg mereka tengah bersandingkan

  2. lieza June 18, 2010 at 12:31 am #

    ziarah blog akk..dh rindu lama xziarah..

    • rillys June 21, 2010 at 11:31 am #

      blog akak pun rindu kat lieza..hihi

  3. Rozey June 18, 2010 at 10:34 am #

    Laaaaaaa…. Lily org Ipoh ke? Teman org Tk Intan…

    • rillys June 21, 2010 at 11:15 am #

      eh taklah..ly orang melaka..membesar kat KL..form 4 & 5 kat teknik ipoh..husband orang teluk intan..huhu

Leave a Reply