10 amalan terbalik…

10 Jun

Salam…:)

Harini I nak share sikit artikel pasal 10 amalan terbalik atau bertentangan dengan apa yang dituntut oleh Islam. Kita muhasabah diri pulak yer…mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Contohnya :

Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah dimana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil.

Amalan bersalam dikenduri kahwin. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah.

Amalan pakaian ke masjid. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju.

Amalan makan dijamuan keraian. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

Amalan solat sunat. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

Amalan perbelanjaan berbuka puasa. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun.

Amalam kenduri naik haji. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri  pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri.

Amalam mendidik anak. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM200.00 tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan  pun menggeletar tangan.

Amalan asyik bekerja. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi  peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid.

Amalan penampilan isteri. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain.


Haa termangu jugak sekejap bila baca semua amalan terbalik yang selalu berlaku dalam masyarakat kita sekarang. Apepun semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua 🙂



14 Responses to “10 amalan terbalik…”

  1. Lyn Yusoff June 10, 2010 at 10:31 am #

    Lyn pernah gak baca article ni…
    terus muhasabah diri… 🙂

    • rillys June 10, 2010 at 10:39 am #

      kekadang kita terlekakan..semoga hidup lebih diberkati 🙂

  2. zuris June 10, 2010 at 10:47 am #

    muhasabah diri kejap
    thanks 4 sharing lily
    🙂

    • rillys June 10, 2010 at 11:33 am #

      muhasabah diri jgn tak..hehe..happy working again yer..baby ok?

  3. Aleeya June 10, 2010 at 11:26 am #

    de gak tebaca ..thanx utk peringatan..kdg kita terlupa walopon penah tau..hehehe

    • rillys June 10, 2010 at 11:32 am #

      aahkan..ly pun share utk sesama kita mengingati 🙂

  4. Dee June 10, 2010 at 12:47 pm #

    lily..thx for sharing..teringat maksu dee yg suka pakai lipstick n bedak kt umah..mcm nk gi keje..hehehe..utk suami dialah tu..

    • rillys June 10, 2010 at 12:52 pm #

      sesama dee :)…salutelah kat maksu u..nak ikut contoh gaklah..hehe

  5. ryn June 10, 2010 at 3:20 pm #

    betul tu. tapi kadang-kadang kita ni selalu mengikut kebiasaan. apa yang patut diamalkan tu yang selalu lupa. haih.

    • rillys June 10, 2010 at 3:21 pm #

      aahkan. kalau nama pun dah jadi amalan sangatlah sukar nak diperbetulkan ekk

  6. attyfir June 10, 2010 at 4:01 pm #

    tq lily ..entry yang sangat bermanafaat ..

  7. idashah June 10, 2010 at 5:43 pm #

    kita nie kadang2 lebih mengikut adat..org melayu kan byk adat.tq for info

    • rillys June 11, 2010 at 9:39 am #

      mmg byk sgt adatkan. tak ikut kang kata langgar pantang mcm2 lah..serba salahkan

Leave a Reply