Archive | May, 2010

gedung buku

31 May

Salam…:)

Hohohooo! Kata minggu exam kat sekolahkan..so bawalah satu-satunya adikku yang masih bersekolah ni gi MPH, Midvalley. Kasi tambah buku2 latihan yang boleh dilatihkan.

Dah macam rupa budak selalu kena buli kat kolej :P

Seronoknya kalau ada bilik membaca sebesar alam camni kat rumah..korang ada? Jemputlah diriku menjakunkan diri gi tengok :D

Orang gilakan windows..dia gilakan linux. Tengok nama OS pun I dah buntu..hiks

Sedap ekk landing kat sini..sebelum I sergah dia dah bangun. Nak rasa lantai tu dengan pipi katanya..haiyooo

And this is the sifu. Tapi memang best pun dapat lantai kayu camni kat rumah..korang ada? Haha..lagi sekali jemputlah diriku kerumah untuk menjakunkan diri. Eh boleh tahan gak mahalnya kan nak finishing gini…I..parquet dalam bilik tu adalah..tu pun dah terjongkang jongket kayunya

This time I tak belikan bedtime story. Bulan lepas punya tak khatam lagi..hihi..I banyak miss to become the storyteller of the night. Diorang pun belum masuk bilik tidur dah terbongkang kat hall. Qada’ lain kalilah.

I bought them the Little Einstein punya activity box..eh I pun naik syok melayan the thing inside. Sian mak budak ni..



sungguh2 bersantai

28 May

Salam…:)

Hi guys. Seronok cuti harini? I tak kemana pun..tapi lepas tengok those pics kat bawah ni!  Aduhaiii..bestnya dapat santai2 camni..dengan cuaca hangat hangit sekarang ni kan. Meh sesama layan dengan I..pics from email.

Ini bukan kawasan banjir yer..hehe..tengok pic bawah ni pulak

Haa..ini adalah tempat percutian kat Filipina. Kedai makan kat air terjun!

Takyah susah2 nak bawa barang2 picnic. Kendong tikar..angkut bakul2..hihi..dok makan jer kat sini. Layan masyuk beb!

See..wahhh bersantai habis korang ekk..hihi..jangan ada benda2 tak diingini jatuh dari atas tu dah..haha..ok dengan bantuan pakcik google I dapat tahu tempat ni kat pusat peranginan Villa Escudero Resort, Manila. Ada yang pernah sampai tak? Ishk..nak tidurlah..nak mimpi pergi situ..jadilahhh. Selamat bercuti!



tebas rambut

27 May

Salam…:)

Haha! Apa kenalah hero kecik ni. Nak buat rupa Agent Oso katanya. Masa ni we all berumahtangga kat kedai gunting rambut dalam giant. My 3 heroes dah bersemak rambut memasing. Ini jerlah kedai yang I agak boleh tahan sikit baunya..kehkehkeh..u guys tahulah camne bau kedai gunting mamakkan. Kot laki u all selalu masuk salun jer lainlah..hohohoo!

Bagi sikecik ni dulu. Terkumat kamit mata dia. Eh dah macam mulut pulak mata dia..takleh dok diam.

Abang sleepy katanya. Kena gunting rambut lagilah masyuk layan ngantuk kang..hehe..so I layan dia nyanyi lagu2 kat kindie.

Ok good. Tak tertidur. Kalau tak habis tobek sana sini. Pernah kena tak?

Last baru apaknya. Dia syok kat kedai camni bukan apa. Diorangkan siap bagi servis urut2 tengkuk kepala leher segala. Pastu telengkan kepala bunyi kruk krak kat leher. Haha..I yang nightmare jadinya. Tapi bila balik rumah lepas tu janganlah nak gatal2 kiss2 forever in love gitukan. Bau krim yang kedai tu guna..plus minyak apa ntah..haiyooo..hahaha..nak pengsan! Gi shower 4 jam dulu :D

Cheers! Jadikan hidup anda lebih bermakna dengan tampil kemas dan ringkas kerana dirimu begitu berharga..boleh ke?



homework

26 May

Salam…:)

Ni lah reaksi abang tiap kali I balik kerja. Pretend to do homework ke betul2 buat homework ke..I taktau..hehe..tapi memang habit abang..akan tunggu sampai I balik kerja baru dia nak start buat homework. Oklah fine..dapat jugak I pantau apa yang dia tengah belajar kat kindie.

Tapi main reason dia I know. Sebab sebelum2 ni asal dia guna pc jer I bebel2 kata takde homework ke apa. So depan2 mama baru dia buat homework. Kot I balik OT sampai kul 11pm? Hehe..yang tu I kena call suruh dia buat dulu..nanti balik I check.

Tersenyum2. Tapi dalam hati meronta cepatlah habiskan homework nak on pc. Siap tanya..‘mama ada link baru untuk game for kids tak?’. Hehe..tapi memang yer pun..abang hanya akan main game yang I dah bookmark jer.

Mostly games for kindergarten..kekadang sambil search tu I main jugak..haha..teringat kisah develop game kat Macromedia Director masa study mmu. Masa tu dok berangan..ni anak2 ku takyah beli cd game..I nak develop sendiri banyak2 :P ..tapi hanya tinggal impian. Mama dah lupa lingo scripting..boleh..hihi

Terliuk lintok sana sini. Tengoklah pusar dua kat kepala tu. Memang ‘sangat dengar kata’ punya budak.

I nak story sikit kisah dia kat kindie. Bila entah tak ingat. Abang balik sekolah.. poket baju dia koyak. Nasib baik cantik koyaknya. Jahit jer balik. So behind the scene I soal siasatlah. Takkan benang boleh putus sendirikan.

Abang kata dia fight2 cat dengan kawan dia. So awal2 abang dah kata..tarik poket jer..nanti senang mama nak jahit. Sebab kalau tumbuk2 or sepak2 nanti terjatuh..kalau luka teruk kang..dengan dia2 kena jahit. So end up poket baju jer terkoyak. Pastu dedua tergelak tak jadi gaduh rebut barang. Haiyooo…


wanie’s celebration

25 May

Salam…:)

Sorry cik2 puan. Baru harini dapat update entry. Bz mengalahkan orang anak 10..hehe..ok2 I nak story pasal birthday party blogger wanie last weekend..sorry wanie ahkak lambat update..muahhh!

Wanie buat party kat Satay Station. Kat entrance tu diorang letak burung yang boleh berkata2. Sangat comel bila dia bagi salam..say hi..tu abang dok syok melayan.

Masa sampai tu birthday girl belum muncul lagi. So layan borak dengan blogger kak nor yang gorjes..hohoho!

Taraaa! Amboi dah macam pengantin birthday girl sorang ni..hiks..mama wanie kat belakang tu pun tak kurang ayu u! Nice to meet u again wanie :)

Wanie potong pulut kuning. Sedap wooo makan dengan rendang ayam.

Pic ni I cilok from photographer azim. Hihi..ahak dah minta izinkan :D

Ni pun I cilok jugak. Hehe..khusyuk betul abang makan. Tapi satay dia memang marbeleslah. Selambak diorang letak kat setiap meja. Nasib baik tak pakai susuk..kalau tak..habis jatuh berguguran :D

Enjoying the moment :)

Antara blogger yang I jumpa. Second time meeting kak nor yang ah cunnya.. hehe

First time jumpa aan yang friendly. Sorry akak tak perasan masa mula2 tu. Yerlah jarang letak pic kat your blog kan..hehe..camnilah bila jumpa tegur jer..kompem akak laga pipi :D

Pastu jumpa kak maya yang ohh so sweet! Hiks…she’s so friendly too.

Tempat kejadian adalah kat dalam rumah ni.

Pic dengan birthday girl wajib ada. Thanks for inviting akak yer. Ni second time jumpa wanie..friendly n ceria sentiasa. Eh dah makin slim tau..teruskan usaha yer..tapi..kenapa tak jadi kenalkan akak dengan bakal adik ipar :D

Oklah..kenyang dah tengok pic. Hehe..apepun I’ll surely come again kat Satay Station, Kg. Pandan ni. Semuanya sesedap rasa..haha..boleh?

Tapi sayanglah..ada few bloggers yang tak dapat make it. Kalau tak boleh kita runtuhkan rumah ni..haha..overall seronok dapat join the celebration.. semuanya sporting2..especially orang table sebelah kanan we all..gelak memanjang..seb baik tak tertelan dengan lidi2 satay :P . Thanks again birthday girl :)



Haritu harijadi u..harini harijadiku :)

22 May

Salam…:)

Syukur alhamdulillah. Diriku masih diizinkan Allah untuk meneruskan kehidupan sebagai hambaNya dimuka bumi ni. Menikmati keindahan hidup dan mengecapi kebahagiaan dengan insan2 tersayang…ohh syahdunya ayat2 dalam hati ada taman ini. Mana taknya..I’m updating this entry at 4.45am :D ..so blues menjiwang tu terlebih sudah.

Yer…today is my birthday :) …the day I turn 28th..hello 30th..I’m coming over to  u in 2 years time..hiks. Kita kena sentiasa ajar diri untuk feeling excited yer bila umur bertambah. So that hidup anda tidak akan diselubungi misteri ketuaan.

So, apa yang I nak wish untuk birthday tahun ni? Ok…jawapan standard…semoga hidupku dimurahkan rezeki.. diberkati hidup dan kekal bahagia disamping keluarga dan teman2.

Segan silulah nak taip wishlist yang I nak sangat2 orang bagi ataupun menang lucky draw ke..hehe..sebab utamanya.. dah tentulah budget tak tercapai dek akal dengan kerja makan duit gaji ni kan :P ..pastu nak suruh orang kau dipaksa aku terpaksa belikan present untuk birthday kau mengikut list piawaian yang telah ditetapkan..kehkehkeh..takpelah I simpan balik the list dalam drawer..hihi..yang penting doa2 anda semua adalah lebih bermakna. Terima kasih kerana sentiasa bersama myrillys…

Selamat hari lahir buat diriku :)


Page 1 of 41234