Aside

dimana ada laut..disitu ada pisang goreng

20 Apr

Salam…:)

Alahai lemaunya rupa hero kecik..hehe..mehh I bawa u guys pergi Teluk Batik. Jalan2 cari ketenangan..ewahh

Dari jauh dah nampak laut. Terus feeling ohh nyamannya udara…

I terjah sini masa balik kampung baba haritu. Jauh tak jauh pun dalam setengah jam the journey..taklah jauh sangat..so taklehlah mengendeng nak overnite kat Rumah Tumpangan Ah Leong kat situ :P

Pic wajib…cuaca adalah sangat terik..so jangan cuba2 melawan pandangan sinaran matahari..boleh buta warna jadinya!

I angkut sekali mak mertua. Adik2 kembar baba kat hostel..so mereka ter-rugi sudah..hihii..dulu masa stay hostel..time2 petang weekend camni adalah waktu terbaik untuk qada’ tido yang tercicir. Kiranya kalau bilik runtuh pun tak sedarlah…kalau sedar pun kompem dah ada kat ward :D

Tengok hero kecik makan pisang goreng. Macam makan ayam goreng kfc!

Tak mandi manda pun kat sini. Saja datang ambil angin laut…kalaulah boleh simpan angin2 tu dalam plastik..dah lama I bawa balik kl

Tapi sebelum balik gi lah lalukan kaki kat air laut. Kang merajuk pulak laut dah singgah taknak masuk pulak katanya…boleh??

On the way pergi carpark nampaklah beberapa ekor monyet..sedang rancak mencilok makanan2 manusia yang sedang leka dibuai angin laut..hiks.. kalaulah boleh pelihara dah lama I rembat sekor bawa balik..hahaa..macam2 nak bawa balik kalau kat tempat orang..ada yang kena hijack dengan orang2 kampung yang vogue2 tu kang.

Salam kerinduan dari kami…cewah :)



Blog Widget by LinkWithin

22 Responses to “dimana ada laut..disitu ada pisang goreng”

  1. mrs.ecam April 20, 2010 at 1:42 pm #

    alaaaaaaa bestnyer laut….nape x mandi…uhuhuhu rugi…rugi,..kt KL x jmpe la alut camni…sg. kelang ado la…ngeh3

    • rillys April 20, 2010 at 2:20 pm #

      tak kuasalah nak mandi..panas terik mencucuk2..hehe..yang penting dapat aura ketenangan tu..kat kl tgk sg. klang nak muntah :P

  2. Aleeya April 20, 2010 at 2:42 pm #

    syok tu beb….lama dah tak ke lauttt neh huhhhhh
    .-= Aleeya´s last blog ..Kataaaanya la kan…… =-.

    • rillys April 20, 2010 at 2:59 pm #

      kalau pasal laut mmg sentiasa best…

  3. rasp April 20, 2010 at 3:12 pm #

    dok kat tepi laut, dpt tempat redup, perut dah kenyang…
    angin sepoi2 bahsa plakkkkk nyaman oooooo
    .-= rasp´s last blog ..… milo fuze … =-.

    • rillys April 20, 2010 at 3:30 pm #

      kalau ada tilam dgn bantal lagi masyukkk..hehehe…

  4. syeka April 20, 2010 at 3:23 pm #

    bestnya lily..lepaking
    tepian pantai..leh bercanda nih..
    ekekeke sesambil nyanyi
    lagi bercanda ditepian pantai..
    kita berdua..eh terover plak..
    .-= syeka´s last blog ..bercocok tanam.. =-.

    • rillys April 20, 2010 at 3:31 pm #

      amboi..hehehe..kompem rindu nak honeymoon ni

  5. attyfir April 20, 2010 at 4:46 pm #

    palin besh lepak tepi pantai lah kan ..
    .-= attyfir´s last blog ..T-Shirt Percuma @netQueen =-.

    • rillys April 21, 2010 at 11:30 am #

      ditemani org2 tersyg…cewah

  6. Dee April 20, 2010 at 5:18 pm #

    bestnya hirup angin laut petang2 gitu..nyaman je rasa kan..
    .-= Dee´s last blog ..netQueen =-.

    • rillys April 21, 2010 at 11:29 am #

      aah…hilang semua stress…

  7. Shopaholic Mama April 21, 2010 at 10:21 am #

    I tak suka sgt pegi laut, coz selalu rasa lapar, asyik nak makan je

    You tak gitu ke?

    • rillys April 21, 2010 at 11:32 am #

      kalau laut tak sangat…kalau air terjun…yes!

  8. attiey April 21, 2010 at 11:24 am #

    bestnyeee

    • rillys April 21, 2010 at 11:31 am #

      ehh honeymoon katne…laut ke?

  9. REDBLOODSNOW April 21, 2010 at 12:19 pm #

    best woooo pinic kat tepi laut. tp yg x bestnyer tang kene sunburn…adehhhh :P
    .-= REDBLOODSNOW´s last blog ..KeKEDEKUTan Terserlah Koooo… Huhu =-.

    • rillys April 21, 2010 at 1:32 pm #

      oleh kerana itulah akak tak mandi. hanya duduk ditempat redup..hehe..tak sanggup bagi kulit
      hitam ni mengelupas

  10. moralle April 21, 2010 at 1:01 pm #

    Salam sis…wah best nyer jalan-jalan tepi laut menghirup udara segar kan, walaupun di bawah panas terik matahari :)
    .-= moralle´s last blog ..A YEAR GONE………… =-.

    • rillys April 21, 2010 at 1:32 pm #

      salam kembali sis :) rindunya kat u…hehe…mmg best kalau lepak tepi pantai…tgh2 panas terik
      lagi masyuk layan angin laut

  11. izan April 24, 2010 at 7:22 pm #

    sekali pandang da tau tu kat teluk batik. rindu lak zaman dolu2 selalu pi pantai untuk tdo dengan angin sepoi2 bahasa =)
    .-= izan´s last blog ..keyword nuffnang =-.

    • rillys April 26, 2010 at 11:34 am #

      dah tentulah ko kenal..hometown kan..saja bagi ko rindu lebih sikit :P

Leave a Reply

CommentLuv badge