Archive | April, 2010

saya dan anak2…itu anak2 saya :P

30 Apr

Salam…:)

Saja ambil berkat hari jumaat letak pic pegang baby. Mana tahu ada rezekikan..amin. Baby tu anak my cousin..kesian dia merah2 muka tahan kepanasan. Dia baru habis pantang..so tengah aktif breastfeed lagi..tu yang tambah kesian bila bangun tidur dia dok sua2 muka kat tutt I nak nenen..hahahaa..how I wish I could breastfeed u dear..boleh?

Ok cerita pasal anak sendiri pulak :P …ni masa my cousin bertunang haritu..kan baba tak dapat ikut rombongan cik kiah kitorang..so berjimba kuak lentanglah the heroes. Hehehee..bergusti bersilat bertomoi dengan rakan2 seangkatan pun..beg tatap tersangkut dibadan. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul..ahaks

Sama denganlah hero kecik. Diorang ni kendong jer lebih beg sorang satu. Tapi bila I nak letak bekas susu ke..baju diorang nak salin2 ke..tak bagi daa..awal2 dah lari bawa beg masuk kereta. Bila I spotcheck..penuh dengan robot kecik2 n cars. Siap kira ada berapa ketul semuanya sebelum pergi..n sebelum balik..kira balik cukup tak. Ok pujian disitu..pandai pun jaga harta.

Hero kecik selalu cakap dengan nenek dia. Nenek pergilah work dengan atuk. Biar mama dengan baba dok rumah jaga adik dengan abang. Kurang asam jawa betul. Ni mesti anjing cina depan rumah yang ajar ni..hahahaa..so rentetan dari kisah itu..hero kecik pun ditarbiahkan lah oleh bapanya.

Camnilah gaya dia kalau tengah dengar kelas dakwah baba..hihihii..oklah saja bagi entry santai2 dah nak weekend ni.

Selamat berhujung minggu yer..kalau berjalan tu pandang depan. Tapi sesekali pandanglah belakang..kot2 kita tersalah jalan. Kalau pandang atas nak tengok mendung ke tak jangan lupa tengok bawah..takut ada longkang. Kang dah jatuh baru nak terngadah..hiks..dapat tak tangkap maksudnya? Lalaalaaa…daa :)


tatabahasa kacau bilau

29 Apr

Salam…:)

Pernah tengok tak signboard atau iklan2 jalanan yang menggunakan bahasa kacau bilau? Hihihii..ni I ada dapat few from emails. Marilah gelak berdekah2 secara sopan…bolehkan?

‘Dilarang masuk penceroboh akan DIDAKWAH’

Kalau rasa nak kena ceramah..haa cerobohlah kawasan ni. Sampai sudah takleh keluar balik.

‘Kami MEYADAPI 25 tahun EXPILIAN dalam MENMASAN’ membaiki & MENBUAT pintu besi perhiasan rumah dan DLL…’

Sian apek ni..memang masuk ICU tatabahasa dia.

Vacuum rosak…’Description of fault – Tidak hidup dan TIDAK KUAT ISAP’

Wakakaka..vacuum tu leh isap habuk2 yer. Ni vacuum dengan teknologi lain dari lain.

‘Bayar DCNI’

Penangan sms kah?

‘Jangan parking TABOLI..sori boss’

Adoiii..senak perut dah baca tatabahasa kat atas2..tambah plak yang ni..hahah!!

‘Dilarang MENGUNA phone TANGANG’

Ni mesti tulis dalam keadaan diri tengah bengang. Tu yang tangan jadi tangang! Kehkehkehh..bangang.


Ok dahlah..tak larat nak gelak berdekah2 secara sopan. Just to cheer up ur day..have a happy Thursday..ehh dah gajilah semalam..ingat, TABOLI boros2 yer boss :P


kisah tunang tuning

28 Apr

Salam…:)

Rindu nak keluar muka kat blog..hihi..masa ni I pergi my cousin bertunang. Selamba kodok jer pakai seluar. Memandangkan rumah dia tepi jalan..pastu baba pulak tak join..I tahu kompem kena buka seribu langkah kejar2 the kids nanti..tu yang tersarung seluar sahaja. Bolehlah pakai reason tu :P

Mak dan shirah. Tergelap pulak pic. Mana taknya sana sini cahaya terik yang teramat. Minggu depan mother’s day kan..hehe..tak bertambah lagi panggilan mama for me..still macam last year..2 orang budak kecil sahaja..tahun depan?  Tettt!

Ok back to the track. Itu dia rombongan pihak lelaki sudah mari…

Hantaran2 dari pihak lelaki

My cousin..zana..congrates! I dok jaga my 2 heroes yang super lasak..so shirah yang tolong jadi paparazzi of the day for me.

Hantaran dari pihak perempuan

Sedap ambil angin tepi jalan ni. Habis asap hitam..kelabu..semua dapat sedut..hahahaa. Tu 3 orang jejaka kat atas tu..adik beradik lelaki sebelah abah. Yang tengah tu my abah..kiri kanan tu adik2 nya..macam serupa gitukan rupa diorang.

Last sekali I nak share kisah ni. Nampak budak kecik kat parit tu? Haa maknya ke kakaknya ke..I taktau..kekawan my cousin kot..yang baju kuning tu. Dok bergayut..sampai tak perasan budak kecik baju putih tu tengah baik punya main kat dalam parit. Astaga..pastu budak tu naik gi lari2 plak tepi jalanraya..scary betul. Orang2 yang dok kat khemah jerit2 baru minah tu perasan.  Hadoiii…tak kuasa nak jadi mak tiri berleter.



lebih garang dari selat melaka

27 Apr

Salam…:)

Haritu I story pasal Teluk Batikkan..sebabnya lepas tengok pics my parents n my sisters bersendaloka kat Teluk Cempedak ni lah..taknak kalah..nak jugak pergi ke lautkan..hehe..bila shirah sent me this mms..wahh bau air laut pun ada sekali u!

Mahu tak tergoda. They went there to attend  a wedding. I pulak ada hal apa ekk that time..ahh lupa ingatan sudah. Tapi memang cantiklah laut china selatan ni…lebih garang dari selat melaka. Boleh gitu?

Alahai..comelnya. Parents siapalah ni..har harr..takpekan I puji sikit mereka. Shy2 cat pulak mak. Tempat ni was one of their honeymoon place masa muda mudi dulu…happy to see their happys faces :) ..siapa tak happy tengok parents happy kan.

Kesimpulannya disini…hahaa..I taktau nak end the entry camne..ok2.. sayangilah ibubapa..bahagiakan mereka sepertimana mereka bahagiakan kita sewaktu kecil dahulu..sayang mak dan abah!



Anak en. vacuum

26 Apr

Salam…:)

Pernah tengok tak mini vacuum ni? Comelkan? Dah nama pun vacuum.. haruslah kerjanya menyedut habuks yang tidak over quantitynya..kata mini kan

Actually ia direka khas untuk sedut-sedutan habuk2 degil disekitar keyboard. Ohh yer tak perlu guna bateri atau kuasa elektrik..sebab ia didatangkan khas dengan usb cable lagi!

Srett srettt! Bunyi vacuum comel ni..bunyi pun comel jer..haha..tapi janganlah gatal2 gi sedut habuk dalam hidung plak..kehkehkeh..kot terpanjang plak hidung..dah macam pinocchio plak! Good day all :)



anak melayu bermata biru

25 Apr

Salam hujung minggu :)


Haa jangan main2..ingat orang2 vogue jer boleh bermata biru? Anak kecil berusia setahun lebih dari Sungai Petani ni boleh ok..tapi bukan penangan contact lens..ianya adalah anak mata asli!

I amik story ni dari utusan online. Menurut datuknya, masa lahir kanak2 ni matanya biasa jer macam kebanyakan orang melayu..hitam keperangan. Tapi menjelang beberapa bulan anak mata dia berubah jadi totally blue..huhu..

Dan yang menariknya..perubahan ajaib tu dipercayai kerana sewaktu ibunya mengandung..dia suka bermain dengan kucing peliharaannya yang bermata biru. Ibunya suka membersihkan mata kucing itu kerana tertarik dengan warnanya. Makanya..macam kenan lah gitu..atas pemeriksaan doktor..didapati matanya normal dan takde masalah..kuasa Allah kan..

Haa pasnih pada ibu2 mengandung bolehlah kalau teringin nak anak bermata biru..pastu..suami plak bukan klon Brad Pitt..bolehlah hadap kucing bermata biru 24/7. Hehe..tapi kalau tak jadi jangan pulak gi korek mata kucing tu..hiks..semuanya terjadi dengan izinNya..sekian laporan dihari minggu :)



Page 1 of 512345