Archive | February, 2010

kek lep2

25 Feb

Salam :)

Inilah birthday cake abang yang berjaya dirembat di kedai kek masa malam birthday dia. Terpaksa beli yang bentuk love sebab birthday abang jatuh on a day before valentine’s haritu. So majority cakes semua jenis lep2..hehe. Dah tak kuasa nak menjelajah ke pelusuk kedai kek disekitar kediaman untuk cari kek kartun.

Saja suka2 belikan kek comel tu untuk abang. Tak sempat nak letak atas meja ke apa..diorang dah tarik my seluar askar suruh duduk :P

Diorang punya excitement mengalahkan celebrate kat hotel..haha! Memang nak celebrate their birthday party. Tapi bukanlah kat hotel. Pengsan haku…

Tapi tunggu sekali dengan birthday hero kecik…baru syok sekali harung..plus save budget!

Happy birthday to you! Blablabla…siap abang suruh nyanyi 2 times. Sebab the 1st one tak berapa sedap rentaknya. My sis lah..dia gi nyanyi main2..nyanyi lagu birthday ikut rentak lagu asli. Hangin jer abang…

Happy birthday handsome :) …dah 2 minggu berlalu pun mama nak wish lagi dan lagi. Be good..be good and be good dear…amin

Sesi jilat pisau..euww adik ni!

Sesi suap menyuap…

Thanks for all the wishes for my bro that day…

Sayalah pencinta kek. Kalau ada yang berhajat nak bagi kek sila minta address kat mama..hiks!

Happy long weekend and salam maulidur rasul…daa :)


di pintu itu ada hantu

24 Feb

Salam :)

I’m sorry. 3 hari berturut keluar entry dengan pakaian yang sama..hehe.. cerita semuanya berlaku on the same day. Plus itu jer pun entry yang ada dalam draft. Story2 terbaru tak sempat dicapai the pics. Still in the memory card.

Lepas kat pameran haiwan mamalia tu I pergi HKL. Baik punya jauh perjalanan putrajaya-HKL..huhu..gi sana nak visit my uncle yang accident. Scary betul tengok jahit2 kat badan dia. Dahlah suka2 taknak pakai baju. Panas katanya..tu yang terserlah segala jenis jahitan..eh bukan jahit actually tapi stapler! Triple adoiii!

Tak sanggup dok kat dalam bilik tu. So lepaking lah kat luar kejap. Tunggu my dad..

Shirah and my cousin pun join dok kat luar. Dia duduk atas stroller tolak pesakit tu..betul ke? Then baba menakutkan dia. Beranilah kau duduk atas tu. Dah macam2 aura atas tu..bila dah upload pic nanti try tengok..ada orang ketiga tak in the pic..haha! Ada ke?…cuaksss!

Orang yang menakutkan orang2 yang sedia takut

Orang takut yang buat2 berani..huhu..taktaulah dari dulu lagi. Kalau pergi hospital mesti rasa scary jer. Tu yang masa deliver baby dulu Tuhan jer yang tahu camne perasaan kena stay satu malam kat hospital. Seumur hidup belum pernah merasa admitted kat ward..itulah first time. Nak taknak kena jugak kuatkan semangat..dahlah teringin nak baby lagi ni..lalaalaaa


Our big babies…tengah2 abang seronok main dengan hero kecik tetiba abang diam seribu bahasa. Dia duduk diam2 menyelit kat baba. Sambil tu bisik kat baba..ada hantu..uuuuu

Kat pintuuuu tuuu! Warghhh..melompatlah I dengan hero kecik..haha! Taktaulah betul ke tak abang nampak. Tapi the description memang scary. Dia nampak perempuan berpakaian putih tengah duduk tunduk macam menangis. I banyak kali tanya hero kecik dia kata takde apa. Tapi abang memang diam seribu bahasa.. siap tunduk muka peluk baba. Takut pulak I nak ambil pic abang. Kang nampak entity lain..pengsan. Korang nampak tak?



haiwan2 kekeringan

23 Feb

Salam :)

Still story kat putrajaya. We dropped by kat persiaran diplomatik..the kids ajak tengok pameran haiwan mamalia kat situ. Kalau tak silap haiwan2 yang dipamerkan adalah haiwan sebenar yang telah diawet…gitu..scary tak bunyi?

Dari jauh dah nampak bunting yang super gah ini…jom masuk! The entrance is free…

Elok jer masuk, visitors disambut dengan rangka ikan paus yang super besar ni! Dahlah kena mendongak tinggi nak tengok..pastu panjang nun ke belakang rangka dia. Besarnya toksah cakaplah..huhu..ikan paus ni dijumpai terdampar kat tepi pantai..rajin2 lah baca details kat bawah ni..

Leh nampak ke the writing? Halal lah ekk :D

Pak belang bermata kuning

Tenggiling..ke memerang..betul ke? Hahaha!

Nyet nyettt…

Bek bekk gurun…

Mr. bear and his friends..haha!

Tapir..tenuk..ke apa? Hadoiyai..buta haiwan betul!

Badak sumbu selepas berendam…pepandai jer haku :D

Marilah melawat…tapi untuk mereka2 yang pregnant takyah lah nak busybody..hiks. Sebab renungan mata haiwan2 yang menjadi model itu adalah sangat menusuk jiwa. Tetiba ada yang wink2 kang terkenan pulak..tettt

Duta pameran tak bertauliah..jenuh nak kejar budak berdua ni. Habis setiap haiwan kat situ nak ditunggang. Mulalah nak fikir ala2 story Night At The Museum ni. Grrrr!!


raikan cinta di Putrajaya

22 Feb

Salam and happy monday all :)

Phew!! Baru seminggu I tinggalkan my workstation kat office dah macam KL Tower tingginya the workload yang terkinja2 minta disiapkan. Dah kerja makan gajikan..so tutup mulut buat kerja sudah..hehe

Ohh I nak story pasal wedding kat Putrajaya yang I pergi before CNY. Sorry mun, for the late update..hehe..serious aku confuse mana satu pengantin dengan kakak pengantin :P

Pengantin lelaki tu adik to my friend..mun. Pandai ekk bagi adik jalan dulu.. hehe..takpe InsyaAllah seru untukmu akan tiba juga dear..amin :)

Congrates untuk pengantin..

Posing sikit sepatah dua kata…

Dewan yang I pergi ni kat presint 9. Exactly kat playground and public pool sebelah klinik kesihatan putrajaya tu. Tengah baik punya terik panas mentari kan. so the heroes hanya dibenarkan pandang2 jeling2 at the spot.

Menikmati hidangan bubur kacang dan kek coklat dan secawan air nescafe diluar dewan sebelum pulang..hehe..thanks for the invitation mun! Eagerly waiting for yours pulak…

Haa! Ni kerja baba. Amik pic Volkswagen antik ni. Rupa macam van..ke bas.. haha! Tapi mmg very the old skool rupanya. Baik jer parking kat klinik kesihatan sebelah tu. Cute gak kalau transform jadi ambulans ni…tettt :D


pagi yang colorful

19 Feb

Salam :)

Auwww! Shame2 lah hero kecik ni. Kemban2 pun nak posing..hehe..ni nak tunjuk bukti dia dah mandi yer. Jangan ingat mama cuti2 tengahari baru bangun mandikan dia :P

Dan yang sebenarnya nak story pasal isi dalam paper bag pink yang cute itu.

Tu tuu nampak tu…harini mama takyah prepare breakfast!

Sebab neighbour bagi kek lapis sarawak! She just got back from outstation kat sana. Macam tau2 jer tengah mengidam kek kan..baru nak bake..hihi..so tutup rapi balik oven

Very the colorful. Very the sedap tau the taste..huhu

Jemput makan yer. Buat kerja rajin2. Abang and hero kecik pun nak tolong mama buat housework..huhuhu..sebelum tu nak sepahkan dulu rumah! Or else takde kerja pulak nak kena buat nanti..have a happy day all :)


And selamat berhujung minggu!


from yours truly :)

18 Feb

Salam :)

Wahh..rindunya nak update blog. I’m still on holiday..next Monday baru start work back. Tak kemana pun. Baba kena kerja so layan the heroes jer kat rumah. Apa lagi wrestlinglah! Hahaha!

Ok back to the story. Pic atas tu masa pagi harijadi abang on last Saturday.. abang baik punya duduk depan pc nak baca all the birthday wishes for him.

One by one dia scroll baca. Then demand nak reply sendiri. Dahlah tak mandi lagi ni. Nak tunggu dia taip memang sampai ke petanglah dia tak mandi. Dengan mamanya sekali.. ahaks :P

So I suruh dia cakap nak reply apa and I type kan. Cuma dia confuse kenapa nama2 aunty yang bagi dia wish pelik2..hahaha! I cakaplah that’s their nickname..takkan nak letak nama penuh pulak. Tetiba dia pun kata nak create satu nickname lah..tapi secret..wahh kamu ni!

Ya ampun..sepahnya meja..abaikan saja yer :D

Kesimpulannya..abang nak say thanks to all readers yang sudi mendoakan yang terbaik untuk his birthday. You guys are so sweet…thanks dearies :)

Ehh..kalau rajin I update lagi yer! I mean kalau the heroes bagi I usik the lappy or pc..hihi..good day all!


Page 1 of 3123